Semenjak beberapa bulan ini,Tuan Asam banyak menonton siri drama tv dari Amerika.Disebabkan ketagihan menonton siri drama tv dari Amerika,Tuan Asam membiarkan sahaja laptop berjalan selama sehari semalam untuk memuat turun fail-fail video drama tv.Sehari sudah cukup untuk Tuan Asam memuat turun fail video sebanyak 21 hingga 40 video.
Pada entry yang lepas-lepas juga Tuan Asam pernah berkongsi dan menceritakan serba sedikit tentang siri drama tv berkaitan dengan jenayah iaitu GOTHAM.Siri drama tv GOTHAM ketika ini masih lagi berada di musim yang kedua dan Tuan Asam sedang menunggu episod baru keudara.Sementara siri drama tv GOTHAM melepaskan episod barunya,Tuan Asam beralih sekejap ke siri drama tv berkisar tentang seorang super hero iaitu THE FLASH dan baru baru ini Tuan Asam baru sahaja selesai memuat turun 23 episod untuk musim satu.
Selepas menonton siri drama tv THE FLASH untuk beberapa episod yang lepas , Tuan Asam boleh mengkategorikan drama ini yang terbaik dan Tuan Asam bagi 5 bintang untuk siri drama ini.Bagi rakan-rakan yang minat dengan watak-watak super hero,bolehlah cuba untuk menonton siri drama tv The Flash ini.
Pada entry kali ini juga Tuan Asam ingin berkongsi sedikit Sinopsis tentang siri drama tv super hero The Flash ini dan rakan-rakan bolehlah layan video trailer yang Tuan Asam tampal.
[Baca Selanjutnya]