Wednesday 6 January 2016

Siri Manusia Terpantas Didalam Dunia Drama



Semenjak beberapa bulan ini,Tuan Asam banyak menonton siri drama tv dari Amerika.Disebabkan ketagihan menonton siri drama tv dari Amerika,Tuan Asam membiarkan sahaja laptop berjalan selama sehari semalam untuk memuat turun fail-fail video drama tv.Sehari sudah cukup untuk Tuan Asam memuat turun fail video sebanyak 21 hingga 40 video.

Pada entry yang lepas-lepas juga Tuan Asam pernah berkongsi dan menceritakan serba sedikit tentang siri drama tv berkaitan dengan jenayah iaitu GOTHAM.Siri drama tv GOTHAM ketika ini masih lagi berada di musim yang kedua dan Tuan Asam sedang menunggu episod baru keudara.Sementara siri drama tv GOTHAM melepaskan episod barunya,Tuan Asam beralih sekejap ke siri drama tv berkisar tentang seorang super hero iaitu THE FLASH dan baru baru ini Tuan Asam baru sahaja selesai memuat turun 23 episod untuk musim satu.

Selepas menonton siri drama tv THE FLASH untuk beberapa episod yang lepas , Tuan Asam boleh mengkategorikan drama ini yang terbaik dan Tuan Asam bagi 5 bintang untuk siri drama ini.Bagi rakan-rakan yang minat dengan watak-watak super hero,bolehlah cuba untuk menonton siri drama tv The Flash ini.

Pada entry kali ini juga Tuan Asam ingin berkongsi sedikit Sinopsis tentang siri drama tv super hero The Flash ini dan rakan-rakan bolehlah layan video trailer yang Tuan Asam tampal.




The Flash
Tarikh Pertama disiarkan pada 7 Oktober 2014
Genre Aksi , Fantasi ,Drama Dan Adventure
Dibintangi oleh Grant Gustin, Candice Patton, Danielle Panabaker
Musim pertama telah tamat dengan jumlah episod 23 pada 29 May 2015
Terbaru disiarkan episod 9 musim kedua pada 8 Disember 2015

SINOPSIS THE FLASH
Barry Allen ialah seorang pegawai forensik untuk Polis Central City.Dengan kehidupannya yang penuh dengan kegembiraan,Barry menyimpan trauma di zaman kanak -kanaknya.Kehidupan Barry dizaman kanak-kanaknya berubah apabila cahaya misteri yang berwarna kuning dan merah telah membunuh ibunya.Kematian ibunya menyebabkan  ayah Barry diheret ke penjara dan dipenjara seumur hidup.Barry bernekad untuk cuba mencari dalang disebalik cahaya kuning merah itu dan membebaskan ayahnya dari penjara.Ketika Barry Allen meningkat dewasa,kehidupannya berubah sekali lagi apabila Barry disambar petir ketika Barry melakukan tugas di makmal forensiknya.Barry terbaring koma di makmal STAR LAB selama 9 bulan dan apabila sedar sahaja dari koma,Barry dikejutkan dengan penjelasan yang luar biasa.Rakan-rakan baru Barry dari STAR LAB memberitahu Barry bahawa Barry mempunyai keupayaan yang luar biasa untuk bergerak dengan kelajuan yang luar biasa.Barry sekadar tahu bahawa kuasa dan keupayaan itu hanyalah berpunca dari petir yang menyambar Barry pada 9 bulan yang lalu.Barry membuat pilihan untuk menggunakan keupayaan luar biasa itu dengan menetang segala jenis kejahatan di Central City dan menggelarkan dirinya THE FLASH.Dalam pada itu,terdapat rahsia dimana mereka diluar sana ingin menggunakan orang-orang yang berkeupayaan luar biasa seperti Barry dan dijadikan mereka sebagai askar rahsia untuk kepentingan diri sendiri.Bagaimana dengan sinopsis dan trailer diatas?Dah bersedia untuk menonton?Jika rakan-rakan pembaca sudah bersedia untuk beraksi dan  mengambara bersama Barry Allen,rakan-rakan boleh menonton secara online di DISINI

Dapatkan Action Figure The Flash Sekarang.KLIK SINI UNTUK BELI SEKARANG!

Bantu Saya Untuk Tunaikan Impian Mendapat 1 JUTA Klik.
Klik DISINI Untuk Penuhi Impian Saya.Terima Kasih
Pautan Ditaja Oleh Lynk.my

No comments:

Speak Your Mind

Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger TemplatesPublished.. Blogger Templates