Friday 29 January 2016

Tinggal Di Planet Marikh Sendirian Tanpa Teman!

Imej dipinjam dari Amazon

Seminggu juga lamanya Tuan Asam dah tak update blog.Kerja sana-sini.Tak pernah nak dihabiskan.Esok lusa belum tahu lagi apa kerja yang akan harus Tuan Asam laksanankan.Walaupun begitu,sempat juga Tuan Asam membelai buka laptop kesayangan untuk sedut filem-filem dan drama-drama TV.Boleh layan ketika ada masa lapang.Internet burung hantu jadi mangsa.

Beberapa hari lepas,sempat juga Tuan Asam sedut satu filem dari laman web torrent.Filem yang Tuan Asam maksudkan ialah The Martian dan Tuan Asam baru sahaja selesai menonton filem tersebut.Bukan dipawagam,tapi hanya menggunakan laptop.Tak kisahlah filem The Martian telah pun ditayangkan pada Oktober 2015 lepas.Apa yang penting,Tuan Asam dapat menontonnya dalam bentuk High Defination.Layan habis.

Kepada rakan  pembaca yang belum pernah lagi menonton filem The Martian ini,rakan pembaca kenalah baca terlebih dahulu serba sedikit sinopsis filem ini dan tonton sedikit sedutan dari filem The Martian.Selepas itu,rakan-rakan boleh lah sedut filem ini.Tonton sampai habis.




Sinopsis The Martian

Mark Watney dan 5 lagi angkasawan yang lain menyertai misi ke Marikh.Kejadian ribut kencang yang melanda Marikh menyebabkan Mark Watney dan 5 lagi rakannya itu terpaksa memberhentikan misi dan meninggalkan Marikh.Ketika kejadian,5 angkasawan yang bersama Mark Watney terselamat.Manakala Mark Watney disahkan mati.Pada hakikatnya,Mark Watney terselamat dari kejadian ribut.Mark Watney kini keseorangan di Marikh.Berbekalkan semangat dan pengalaman yang ada,Mark Watney bertaruh nyawa meneruskan hidup dengan sisa-sisa bekalan makanan dan air yang ada.Dalam pada itu,pihak NASA bernekad berusaha untuk menyelamatkan Watney.

Nama Filem : The Martian ( 2015 )
Ditayang pada : 2 Oktober 2015
Pengarah : Drew Gorrard
Pelakon Utama : Matt Damon, Jessica Chastain dan Kristen Wiig

Tuan Asam tidaklah begitu pakar kalau hendak cerita lebih-lebih tentang filem The Martian ini.Alangkah baiknya jika rakan-rakan pembaca sedut dan tonton sendiri filem ini.Jika rakan-rakan pembaca hendak menontonnya,sila klik pautan yang Tuan Asam sediakan dibawah dan sedut.Tunggu sampai habis.Layan.

Klik DISINI untuk muat turun filem THE MARTIAN
Peringatan : Sila gunakan Bitcomet atau Utorrent Client.Terima Kasih

KLIK DISINI DAPATKAN  DVD ORIGINAL THE MARTIAN



Bantu Saya Untuk Tunaikan Impian Mendapat 1 JUTA Klik.
Klik DISINI Untuk Penuhi Impian Saya.Terima Kasih
Pautan Ditaja Oleh Lynk.my

No comments:

Speak Your Mind

Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger TemplatesPublished.. Blogger Templates