Sunday 31 January 2016

Jeritan Dari Dalam Kubur

Imej sekadar hiasan.Dipinjam dari wmazmi.files.wordpress.com

"Berita kematian Ina yang meminum racun mengejutkan orang-orang kampung.Ibu mertua Ina tidak menyangka Ina akan mengambil langkah yang tidak seharusnya dilakukan untuk meninggalkan dunia ini.Azman yang mendengarkan berita kematian Ina itu tidak mampu berkata apa-apa lagi.Azman yang lari ke tempat lain langsung tidak menziariahi jenazah bekas isterinya itu.Azman masih malu dengan ibunya dan juga orang-orang kampung.Jenazah Ina dikebumikan di kampung halamannya."

Kisah benar yang berlaku sekitar tahun 90an ini diceritakan oleh ibu Tuan Asam  yang juga merupakan sahabat kepada Arwah Ina(Bukan nama sebenar).

Ina merupakan isteri yang baik dan juga merupakan ibu kepada 3 anak.Suami Ina.Azman(bukan nama sebenar) hanya bekerja sebagai buruh kasar.Walaupun  Azman hanya bekerja sebagai buruh kasar,namun Azman dikatakan telah bermain kayu tiga tanpa pengetahuan Ina.Azman yang begitu baik,penyayang itu langsung tidak membuatkan Ina merasa cemburu atau curiga bahawa suaminya didalam rahsia bermain kayu tiga.Sehinggalah pada suatu hari,cerita Azman keluar bersama wanita lain hinggap ke telinga Ina.Ina sendiri seperti tidak percaya apa yang diceritakan oleh kawan-kawan Ina itu.Ina tidak mahu mendengar cerita yang kononnya suaminya itu telah keluar berfoya-foya dengan wanita lain selagi Ina tidak melihatnya dengan mata kepala Ina sendiri.Hampir sebulan lamanya Ina hanya berdiam dan sedih.Azman sedikit pun tidak tahu perubahan sikap Ina.

Sehinggalah pada suatu hari,Ina membuat keputusan untuk bertanya sendiri kepada Azman mengenai wanita yang diceritakan oleh kawan-kawan Ina itu.Namun Azman menidakkan cerita dan khabar angin itu.Azman sendiri terkejut bagaimana cerita itu sampai ke telinga isterinya.Azman yang keliru hanya tenang memberitahu Ina untuk tidak mendengar khabar angin dari kawan-kawan Ina.Khabar angin atau cerita tiada bukti seperti itu boleh meruntuhkan rumah tangga yang kukuh terbina.Ina lega bila mendengarkan kata-kata suaminya itu.Ina kini menelan dan percaya bulat-bulat akan kata-kata Azman.Ina yang dibuai dengan penipuan Azman hanya mampu tersenyum.Ina percaya bahawa Azman tidak akan sesekali merosakkan kesetiaan dalam rumahtangga yang mereka bina lebih sepuluh tahun itu.

Suatu petang ketika Ina berjalan-jalan di bandar bersama anak-anak,Ina tiba-tiba menerima panggilan telefon dari ibu mertuanya.Azman ditangkap basah bersama wanita lain.Ina hampir pitam,dirasakan dunia ini tidak lagi cerah.Hitam bagai malam.Ina pulang ke rumah dalam keadaan sugul penuh soalan bermain difikiran.Azman yang disangkanya selama ini seorang suami yang baik rupanya telah menduakan Ina.Hubungan suami isteri yang terjalin selama hampir 10 tahun kini telah pun retak menanti belah.Segala kata-kata dan kepercayaan Azman tidak mampu untuk Ina muntahkan.Ina terpaksa menelan semua kepahitan itu.Ina tidak dapat menerima kenyataan.

Ina menangis semahu mahunya.Setakat itu sahaja yang mampu Ina lakukan.Ina tidak lagi mampu memikirkan Azman.Azman yang kini telah menjadi suami wanita lain kini berpindah jauh dari kampung halaman bersama isteri barunya.Azman malu dengan Ina dan orang-orang kampung.Hati Ina kini runtuh.Berminggu-minggu lamanya Ina berkurung didalam bilik.Makan minum tidak menentu.Ibu mertuanya tidak mampu lagi memujuk mahupun berbuat apa-apa.Ibu mertuanya juga marah dengan perangai anaknya Azman yang sanggup menduakan isterinya dan meninggalkan anak-anak yang masih lagi kecil dan memerlukan kasih sayang seorang ayah.Ibu mertuanya menangis mengenangkan nasib anak-anak Ina yang masih lagi kecil.

Hampir sebulan Ina tidak keluar rumah.Dulu Ina seorang yang cukup sihat kini seperti bangkai tidak bernyawa..Dunia ini dirasanya gelap gelita.Tidak indah seperti dulu.Ibu mertuanya cukup bimbang dengan anak menantunya itu.Pelbagai cara untuk memujuk Ina namun semua pujukan itu langsung tidak ditelan oleh Ina.Fikiran Ina melayang.Ina sudah tidak mampu untuk meneruskan kehidupan.Dia terlalu sayangkan Azman.Ina membuat keputusan yang tidak seharusnya dilakukan oleh orang yang beragama Islam.Ina membunuh diri dengan meminum racun.

Berita kematian Ina yang meminum racun mengejutkan orang-orang kampung.Ibu mertua Ina tidak menyangka Ina akan mengambil langkah yang tidak seharusnya dilakukan untuk meninggalkan dunia ini.Azman yang mendengarkan berita kematian Ina itu tidak mampu berkata apa-apa lagi.Azman yang lari ke tempat lain langsung tidak menziariahi jenazah bekas isterinya itu.Azman masih malu dengan ibunya dan juga orang-orang kampung.Jenazah Ina dikebumikan di kampung halamannya.

Sehari selepas  arwah Ina dikebumikan,pelbagai cerita yang agak seram keluar dari mulut orang-orang kampung mengenai arwah Ina.Ada yang pernah terserempak dengan arwah Ina yang sedang meminum racun bercampur api.Ada yang mendengar tangisan dan jeritan dari arah rumah Ina yang kini terbiar kosong.Pernah suatu malam,diceritakan,selepas Isyak,seorang Ustaz pulang dan lalu dihadapan kawasan kubur.Apa yang mengejutkan,ustaz itu mendengar suara tangisan dan jeritan dari arah kubur.Jeritan yang seorang wanita yang seakan-akan di seksa dengan seksaan yang begitu dahsyat.Ustaz tadi memberanikan diri masuk kekawasan kubur.Ustaz terkejut melihat kubur Ina mengeluarkan api yang cukup panas serta mengeluarkan asap yang hitam.Ustaz tahu azab yang sedang Arwah Ina tanggung dialam kubur.Keesokkan harinya Ustaz tadi mengumpulkan kesemua orang-orang kampung untuk kemasjid bersama bagi membaca bacaan yasin dan besedekahkan Al-fatihah buat Arwah Ina.Bacaan yasin dan al-fatihah dilakukan selama 7 malam berturut-turut.Semoga roh Ina tenang disana.Menurut beberapa cerita dari orang -orang kampung lagi,jeritan seksaan dari arah kubur itu kedengaran hingga ke kampung berdekatan selama 7 hari 7 malam berturut-turut.Wallahulam...


Hadits 86. (Shahih Muslim) Dari Abu Hurairah ra, katanya Rasulullah saw., bersabda : “Siapa yang bunuh diri dengan senjata tajam, maka senjata itu akan ditusuk-tusukannya sendiri dengan tangannya ke perutnya di neraka untuk selama-lamanya; dan siapa yang bunuh diri dengan racun, maka dia akan meminumnya pula sedikit demi sedikit nanti di neraka, untuk selama-lamanya; dan siapa yang bunuh diri dengan menjatuhkan diri dari gunung, maka dia akan menjatuhkan dirinya pula nanti (berulang-ulang) ke neraka, untuk selama-lamanya.”



Bantu Saya Untuk Tunaikan Impian Mendapat 1 JUTA Klik.
Klik DISINI Untuk Penuhi Impian Saya.Terima Kasih
Pautan Ditaja Oleh Lynk.my

No comments:

Speak Your Mind

Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger TemplatesPublished.. Blogger Templates