Sunday 31 January 2016

Jeritan Dari Dalam Kubur

Imej sekadar hiasan.Dipinjam dari wmazmi.files.wordpress.com

"Berita kematian Ina yang meminum racun mengejutkan orang-orang kampung.Ibu mertua Ina tidak menyangka Ina akan mengambil langkah yang tidak seharusnya dilakukan untuk meninggalkan dunia ini.Azman yang mendengarkan berita kematian Ina itu tidak mampu berkata apa-apa lagi.Azman yang lari ke tempat lain langsung tidak menziariahi jenazah bekas isterinya itu.Azman masih malu dengan ibunya dan juga orang-orang kampung.Jenazah Ina dikebumikan di kampung halamannya."

Kisah benar yang berlaku sekitar tahun 90an ini diceritakan oleh ibu Tuan Asam  yang juga merupakan sahabat kepada Arwah Ina(Bukan nama sebenar).

Ina merupakan isteri yang baik dan juga merupakan ibu kepada 3 anak.Suami Ina.Azman(bukan nama sebenar) hanya bekerja sebagai buruh kasar.Walaupun  Azman hanya bekerja sebagai buruh kasar,namun Azman dikatakan telah bermain kayu tiga tanpa pengetahuan Ina.Azman yang begitu baik,penyayang itu langsung tidak membuatkan Ina merasa cemburu atau curiga bahawa suaminya didalam rahsia bermain kayu tiga.Sehinggalah pada suatu hari,cerita Azman keluar bersama wanita lain hinggap ke telinga Ina.Ina sendiri seperti tidak percaya apa yang diceritakan oleh kawan-kawan Ina itu.Ina tidak mahu mendengar cerita yang kononnya suaminya itu telah keluar berfoya-foya dengan wanita lain selagi Ina tidak melihatnya dengan mata kepala Ina sendiri.Hampir sebulan lamanya Ina hanya berdiam dan sedih.Azman sedikit pun tidak tahu perubahan sikap Ina.

Sehinggalah pada suatu hari,Ina membuat keputusan untuk bertanya sendiri kepada Azman mengenai wanita yang diceritakan oleh kawan-kawan Ina itu.Namun Azman menidakkan cerita dan khabar angin itu.Azman sendiri terkejut bagaimana cerita itu sampai ke telinga isterinya.Azman yang keliru hanya tenang memberitahu Ina untuk tidak mendengar khabar angin dari kawan-kawan Ina.Khabar angin atau cerita tiada bukti seperti itu boleh meruntuhkan rumah tangga yang kukuh terbina.Ina lega bila mendengarkan kata-kata suaminya itu.Ina kini menelan dan percaya bulat-bulat akan kata-kata Azman.Ina yang dibuai dengan penipuan Azman hanya mampu tersenyum.Ina percaya bahawa Azman tidak akan sesekali merosakkan kesetiaan dalam rumahtangga yang mereka bina lebih sepuluh tahun itu.
[Baca Selanjutnya]

PSP Kembali Bernyawa

Playstation Portable kini kembali tersenyum dan bernyawa!

"Hanya beberapa jam selepas diiklankan,seorang lelaki berbangsa cina menelefon Tuan Asam menanya mengenai Playstation Vita yang diiklankan"
Beberapa tahun lepas Tuan Asam pernah memiliki PlayStation Portable(PSP).Sekian lama PSP Tuan Asam menjadi teman dimasa lapang akhirnya PSP Tuan Asam mula meragam.Bermula dari memory card kemudian melarat pula ke bateri.Berbulan-bulan juga lamanya PSP milik Tuan Asam menyendiri didalam laci almari.Sesekali Tuan Asam hanya mampu melihat PSP yang terbaring didalam laci.Memandangkan perbelanjaan  ketika itu agak menurun,maka Tuan Asam tinggalkan sebentar hasrat untuk membaiki semula PSP kesayangan.Pada masa yang sama,Tuan Asam berhasrat dan berimpian untuk memiliki Handheld yang lain iaitu Playstation Vita.

Awal tahun 2015 pada bulan Febuari,Tuan Asam bertugas dan dihantar ke negara gajah putih,Thailand.Tuan Asam ditugaskan untuk melakukan kajian dan survey tentang minyak di bandar Bangkok selama 6 bulan.Ketika itulah Tuan Asam berpeluang menyimpan sedikit demi sedikit wang gaji untuk membeli handheld impian iaitu Playstation Vita.Selepas 5 bulan bertugas di bandar Bangkok,akhirnya impian untuk memiliki Playstation Vita tercapai! Wang yang dikumpul akan ditukar.Tuan Asam membelanjakan hampir tiga ribu ringgit untuk membeli Playstation Vita.Tuan Asam juga tidak mahu memberi komen tentang harga sama ada murah atau mahal asalkan impian memiliki Playstation Vita tercapai.Memandangkan Playstation Vita  mempunyai banyak fungsi serta pelbagai aplikasi yang lebih menarik, maka tidak hairanlah mengapa Tuan Asam memilih untuk membelinya.PSP lama yang rosak masih lagi bergelap terbaring didalam laci di tanah air.
[Baca Selanjutnya]

Friday 29 January 2016

Tinggal Di Planet Marikh Sendirian Tanpa Teman!

Imej dipinjam dari Amazon

Seminggu juga lamanya Tuan Asam dah tak update blog.Kerja sana-sini.Tak pernah nak dihabiskan.Esok lusa belum tahu lagi apa kerja yang akan harus Tuan Asam laksanankan.Walaupun begitu,sempat juga Tuan Asam membelai buka laptop kesayangan untuk sedut filem-filem dan drama-drama TV.Boleh layan ketika ada masa lapang.Internet burung hantu jadi mangsa.

Beberapa hari lepas,sempat juga Tuan Asam sedut satu filem dari laman web torrent.Filem yang Tuan Asam maksudkan ialah The Martian dan Tuan Asam baru sahaja selesai menonton filem tersebut.Bukan dipawagam,tapi hanya menggunakan laptop.Tak kisahlah filem The Martian telah pun ditayangkan pada Oktober 2015 lepas.Apa yang penting,Tuan Asam dapat menontonnya dalam bentuk High Defination.Layan habis.

Kepada rakan  pembaca yang belum pernah lagi menonton filem The Martian ini,rakan pembaca kenalah baca terlebih dahulu serba sedikit sinopsis filem ini dan tonton sedikit sedutan dari filem The Martian.Selepas itu,rakan-rakan boleh lah sedut filem ini.Tonton sampai habis.

[Baca Selanjutnya]

Monday 18 January 2016

Ash Sekali Lagi Melawan Hantu Dan Syaitan

Ash Vs Evil Dead.Imej dipinjam dari www.comingsoon.net
PERINGATAN : FILEM DAN DRAMA INI MEMPUNYI UNSUR-UNSUR KEGANASAN dan SEKS.HANYA SESUAI DITONTON OLEH MEREKA YANG BERUMUR 18 TAHUN KEATAS SAHAJA.

Pernahkah rakan-rakan pembaca menonton filem seram EVIL DEAD yang suatu ketika dahulu cukup popular di zaman 80an dan 90an lakonan Bruce Campbell atau lebih senang dipanggil sebagai Si Tangan Chainsaw? Rata-rata rakan pembaca mesti akan kata “YA pernah”,”Nostalgia tu geng..hantu lama”,”Hantu yang lucu”.Tuan Asam boleh katakan filem EVIL DEAD antara filem klasik yang tidak harus kita lupakan.

[Baca Selanjutnya]

Saturday 16 January 2016

Bermimpi Mahluk Berwajah Penuh Duri

Sekadar Gambar Hiasan.Dipijam dari baltyra.com


Kisah aneh yang ditulis ini adalah pengalaman sebenar yang diceritakan oleh sahabat kepada arwah ayah Tuan Asam.Peristiwa aneh dan seram ini terjadi disekitar tahun 2005.

Irwandi atau panggilan mesra dipanggil abang Wandi merupakan sahabat kepada arwah ayah Tuan Asam sendiri.Bertubuh sedikit sasa,berkulit hitam dan rambut sederhana panjang.Pekerjaan Abang Wandi hanyalah mengambil upah memotong pokok kayu di hutan untuk dijadikan papan-papan untuk rumah.Jika terdapat kayu-kayu lebih , Abang Wandi akan menjualnya kepada orang kampung.Harga kayu yang dijual berdasarkan bentuk saiz dan panjang kayu.Abang Wandi juga sering ditemani beberapa orang rakan-rakannya yang lain memotong kayu dihutan.Pendapatan yang mereka perolehi akan dibahagi sama rata selepas kayu-kayu habis dijual.

Petang itu ayah duduk di ruang tamu sambil menonton TV.Sesekali ayah menjenguk keluar pintu,seperti menanti kedatangan sesesorang.Beberapa ketika kemudian,kedengaran bunyi motosikal.Motosikal dihentikan,sesorang memberi salam.Tuan Asam dan ayah menjawab salam dengan serentak.Abang Wandi yang datang ke rumah.Patutlah ayah dari tadi asyik menjenguk keluar pintu.Rupa rupanya ayah menunggu sahabatnya itu datang ke rumah.Tuan Asam sudah tahu apa yang akan mereka berdua akan bincangkan.Jika sudah berjumpa,lain tidak,tentu sahaja bercerita mengenai jenis-jenis kayu yang hendak dipotong untuk dijadikan papan atau tiang rumah.
Abang wandi sering kerumah berjumpa ayah.Ayah merupakan pelanggan tetap dan sering membeli kayu dan papan-papan dari abang wandi.Cuma beberapa bulan ini abang wandi seperti jarang datang kerumah .Mungkin disebabkan kesibukan keluar masuk hutan.

[Baca Selanjutnya]

Friday 15 January 2016

Diganggu lembaga besar bermata merah

Sekadar gambar hiasan.Ikhsan dari google



"Zia kembali melalui jalan masuk ke kawasan kolam.Di pertengahan jalan masuk ke kolam, tiba-tiba sahaja cuping telinga Zia di tiup oleh sesuatu"







Kisah dan pengalaman ini diceritakan oleh sahabat karib Tuan Asam sendiri dan peristiwa ini berlaku di sekitar tahun 2001.

Rakan karib Tuan Asam  yang mesra dipanggil dengan panggilan Zia dahulunya pernah bekerja di kolam ternakan udang air tawar yang diusahakan oleh abangnya sendiri.Tugas dan rutin harian Zia hanya menjaga dan memastikan stok makanan untuk udang air tawar mencukupi dan memberi makan udang mengikut jadual yang tersedia.Boleh dikatakan hampir setiap 2 atau 3 kali seminggu beliau berulang alik sejauh 10 kilometer dari tapak kolam ke tempat stor penyimpanan makanan udang.Tidak mengira waktu siang atau tengah malam.Jika stok makanan udang air tawar tidak mencukupi,beliau sendiri akan memandu lori untuk mendapatkan stok makanan udang yang disimpan sejauh 15 kilometer dari kawasan kolam.Jika tidak dilakukan,sudah tentu beliau dimarahi oleh abang sulungnya yang merupakan pengusaha ternakan udang air tawar tersebut.

Perusahaan ternakan udang air tawar yang  diusahakan oleh abangnya bertapak jauh dari perkampungan dan berada dalam kawasan hutan paya. Jalan masuk dan jalan keluar dari kolam ternakan ketika itu(2001) masih lagi bersemak samun dan dikelilingi  pokok pokok kayu bakau yang besar.Belum ada sebuah rumah pun yang didirikan dikawasan itu.Hanya beberapa pondok kecil untuk pekerja kolam yang tinggal bermalam.Walaupun keadaan jalan keluar dan masuk kolam ternakan tidak begitu elok dan sempurna,namun Zia sudah terbiasa dengan keadaan jalan seperti itu.Masakan tidak,beliau sudah melalui kawasan tersebut hampir 2 tahun.Jalan dan keadaan sekeliling sudah sebati dengan diri Zia.

[Baca Selanjutnya]

Friday 8 January 2016

Tonton Liga Inggeris secara LIVE STREAMING

Pasukan Liga Inggeris pilihan Tuan Asam dari dulu ialah TOTTENHAM HOTSPUR

Tuan Asam amat meminati sukan bola sepak terutama Liga Inggeris ( Barclay Premier League) yang semakin hangat dimusim 2015/2016 ini.Memandangkan dirumah Tuan Asam hanya sekadar memiliki satelit TV NJOI,maka saluran sukan terlalu jarang bermain di kaca televisyen di rumah.Jika ingin menonton pun, Tuan Asam harus menggerakkan kaki ke pasar atau kedai berhampiran yang menjual kad prabayar NJOI.Namun bukan semua siaran sukan dapat disiarkan di NJOI.

Solusi atau cara yang sering Tuan Asam guna jika ingin menonton bola secara LIVE atau langsung hanyalah dengan menggunakan siaran atas talian(Streaming).Senang cakap,menonton menggunakan Streaming Website.Tuan Asam merupakan pelanggan Celcom,maka Tuan Asam hanya perlu topup RM10 atau Rm15 untuk menonton perlawanan bola sepak liga inggeris setiap sekali seminggu.Maksudnya disini Tuan Asam perlu melanggan pakej internet mingguan RM10 untuk 500MB atau RM15 untuk menambah nilai kuota ( MAXUP) sebanyak 1GB(Jika pakej internet masih aktif).Agak mahal sedikit akan tetapi ianya berbaloi .

[Baca Selanjutnya]

Selamat Tinggal Ashadee.com


Baru-baru ini Tuan Asam cuba menjenguk kembali laman laman sesawang AFFILIATE MARKETING yang pernah Tuan Asam sertai dan daftar suatu ketika dahulu.Selain dari CLICKBANK,Tuan Asam pernah menyertai program AFFILIATE MARKETING iaitu Ashadee atau suatu masa dahulu dikenali sebagai JOM NIAGA.

Tuan Asam cuba untuk login kembali Ashadee.com untuk melihat dan menyemak semula Dashboard dan Tuan Asam pula dikejutkan dengan notis bertajuk Ashadee Shutdown!

[Baca Selanjutnya]

Surat Untuk ASTRO dan NJOI


Post pada kali ini Tuan Asam tujukan  penyiar tv  satelit ASTRO atau NJOI dan rakan-rakan pembaca yang merupakan penonton setia siaran tv ASTRO PRIMA KLASIK di saluran 105 .Tuan Asam sendiri juga merupakan penonton setia untuk siaran tvASTRO PRIMA KLASIK.

Syabas dan tahniah Tuan Asam ucapkan buat penyiar tv satelit ASTRO atau NJOI kerana terus menyiarkan rancangan ASTRO PRIMA KLASIK yang bersiaran pada jam 1:00 tengahari pada setiap hari Isnin hingga Jumaat.Siaran seperti ini sesuai untuk ditonton oleh keluarga dan seluruh lapisan masyarakat.Setiap jam 1:00 tengahari jika tidak sibuk dengan tugasan harian,sudah pasti Tuan Asam menyiapkan kopi dan sedikit makanan ringan,duduk di sofa sambil menonton ASTRO PRIMA KLASIK di saluran 105.

Tuan Asam berharap agar pihak ASTRO dan NJOI meneruskan usaha untuk menyiarkan rancangan ASTRO PRIMA KLASIK ini sehingga bila-bila,selamanya dan secara PERCUMA.Siaran ASTRO PRIMA KLASIK seperti ini baik untuk generasi masa kini dan akan datang kerana mereka sudah terlalu jarang menonton filem-filem lama 50an sehingga 70an.Generasi sekarang juga tidak pernah tahu dan tidak pernah mengambil tahu langsung siapakah pelakon-pelakon hebat veteran tanah air yang kita di zaman 50an sehingga 70an.

[Baca Selanjutnya]

Wednesday 6 January 2016

Siri Manusia Terpantas Didalam Dunia Drama



Semenjak beberapa bulan ini,Tuan Asam banyak menonton siri drama tv dari Amerika.Disebabkan ketagihan menonton siri drama tv dari Amerika,Tuan Asam membiarkan sahaja laptop berjalan selama sehari semalam untuk memuat turun fail-fail video drama tv.Sehari sudah cukup untuk Tuan Asam memuat turun fail video sebanyak 21 hingga 40 video.

Pada entry yang lepas-lepas juga Tuan Asam pernah berkongsi dan menceritakan serba sedikit tentang siri drama tv berkaitan dengan jenayah iaitu GOTHAM.Siri drama tv GOTHAM ketika ini masih lagi berada di musim yang kedua dan Tuan Asam sedang menunggu episod baru keudara.Sementara siri drama tv GOTHAM melepaskan episod barunya,Tuan Asam beralih sekejap ke siri drama tv berkisar tentang seorang super hero iaitu THE FLASH dan baru baru ini Tuan Asam baru sahaja selesai memuat turun 23 episod untuk musim satu.

Selepas menonton siri drama tv THE FLASH untuk beberapa episod yang lepas , Tuan Asam boleh mengkategorikan drama ini yang terbaik dan Tuan Asam bagi 5 bintang untuk siri drama ini.Bagi rakan-rakan yang minat dengan watak-watak super hero,bolehlah cuba untuk menonton siri drama tv The Flash ini.

Pada entry kali ini juga Tuan Asam ingin berkongsi sedikit Sinopsis tentang siri drama tv super hero The Flash ini dan rakan-rakan bolehlah layan video trailer yang Tuan Asam tampal.

[Baca Selanjutnya]

Sunday 3 January 2016

Mari Buat Wang Dengan Aplikasi Tap Cash

Aplikasi telefon pintar sekarang semakin bertumbuh bagai cendawan tumbuh selepas hujan.Dikatakan sehari hampir 100 atau 200 juta pengguna telefon pintar memuat turun aplikasi kegemaran mereka melalui aplikasi Google Play Store dan lain-lain aplikasi yang membekalkan aplikasi lain.Hampir 90 peratus pengguna telefon pintar memuat turun aplikasi berbentuk permainan video.

Tanpa kita sedari terdapat aplikasi telefon pintar yang bukan sahaja diguna pakai untuk bermain permainan video malah aplikasi ini juga dapat dijadikan sumber atau dapat menjana wang sampingan buat penggunanya.

Pernahkah rakan-rakan mendengar aplikasi TAP CASH? Sebelum rakan-rakan ingin turut serta dalam TAP CASH ini,dan ingin buat duit melalui aplikasi ini,biarlah Tuan Asam kongsi sedikit maklumat tentang aplikasi ini.Rakan-rakan boleh baca.

[Baca Selanjutnya]

Friday 1 January 2016

Post Gambar Petronas Twin Towers Menang Wang Tunai RM1000


Wah,baru-baru ini banyak pula Pertandingan Atau Cabaran yang keluar dimana-mana laman web.Semuanya menjanjikan hadiah yang lumayan.Malam ini Tuan Asam sendiri terjumpa iklan pertandingan yang dianjurkan oleh PETRONAS sendiri.

Peraduan #MYTwinTowers anjuran Petronas ini menjanjikan hadiah wang tunai sebanyak RM1000 dan juga tiket lawatan percuma ke menara kebanggaan rakyat Malaysia Menara Berkembar Petronas.

Pertandingan yang terbahagi kepada 5 Cabaran ini berlangsung selama 2 bulan bermula pada 7 Disember 2015 sehingga 14 Febuari 2016
[Baca Selanjutnya]
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger TemplatesPublished.. Blogger Templates