Monday 21 December 2015

Gotham City ,BATMAN Dan Jenayah

Drama TV Gotham.Gambar disedut dari www.itvshowonline.com

Salam sejahtera rakan blogger sekalian.Tak tahulah mood Tuan Asam tak berapa nak ok malam ini untuk menulis dan menghampar sesuatu di atas hamparan blog post Tuan Asam kali ini.Tapi Tuan Asam kuatkan juga dan tiba-tiba Tuan Asam teringin nak berkongsi tentang drama TV dari negara barat yang dilayan dua tiga hari ini.

Pernah dengar drama TV bertajuk “GOTHAM”?Tuan Asam rasa segelintir rakan pembaca disini ada yang pernah menonton dan mengikut drama TV GOTHAM.Kalau ada rakan yang belum menonton drama TV bertajuk GOTHAM ni,rakan-rakan boleh menonton secara online DISINI.Free Of Charge,apa yang penting kuatkan dan banyakkan quota internet anda.

Walaupun setakat ini drama tv GOTHAM ni dah sampai ke episod 11 di musim kedua ini,Tuan Asam baru sampai tahap episod 5 musim 1.Tak larat Tuan Asam hendak layan hari-hari.Satu Episod satu hari dah dikira memadai.Apa-apa pun sebelum bergerak ke entry yang seterusnya,Tuan Asam nak berkongsi video trailer GOTHAM dan serba sedikit detail tentang drama TV GOTHAM ni.Memang terbaik.Kalau nak lebih detail lagi,panggil abang GOOGLE.



Sinopsis.
Drama TV GOTHAM ini mula bersiaran pada 2014.Dibintangi oleh Ben McKenzie,Jada Pinkett Smith dan Donal Logue.


GOTHAM adalah nama sebuah bandar yang dikelilingi dengan kegiatan jenayah.Thomas dan Martha Wayne yang merupakan ibu dan ayah kepada Bruce Wayne(BATMAN) telah dibunuh oleh seorang penjenayah.Pembunuhan berlaku betul –betul didepan mata Bruce Wayne sendiri(BATMAN) ketika Bruce Wayne(BATMAN)masih lagi kanak-kanak.Detektif James Gordon yang merupakan detektif untuk polis di bandar GOTHAM cuba untuk menyelesaikan misteri pembunuhan kedua ibu bapa Bruce Wayne(Batman),namun ia bukanlah perkara mudah.Melihatkan keadaan Bruce Wayne(BATMAN) yang inginkan keadilan,Detektif James Gordon berjanji akan mencari punca segala kejadian jenayah yang ada di Gotham City hingga ke akar umbi.Oleh itu Detektif James Gordon sendiri terperangkap didalam antara usaha dan kawan.Dalam pada itu juga Bruce Wayne(BATMAN) memerhati dan melindungi Detektif James Gordon.Melihatkan kegiatan jenayah dan perang di Gotham City semakin tidak terkawal,Bruce Wayne(BATMAN) menyimpan hasrat untuk menghapus segala kegiatan jenayah.Bruce Wayne(BATMAN) akan memulakan semua itu dengan menjadi lelaki kelawar ( BATMAN ).

"Tuan Asam nak layan episod 6 pula lepas habis menaip ini"


Dapatkan Action Figure Batman Timeless Wild West Sekarang.KLIK SINI UNTUK BELI SEKARANG!

Bantu Saya Untuk Tunaikan Impian Mendapat 1 JUTA Klik.
Klik DISINI Untuk Penuhi Impian Saya.Terima Kasih
Pautan Ditaja Oleh Lynk.my

No comments:

Speak Your Mind

Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger TemplatesPublished.. Blogger Templates