Showing posts with label Seram. Show all posts
Showing posts with label Seram. Show all posts

Sunday, 31 January 2016

Jeritan Dari Dalam Kubur

Imej sekadar hiasan.Dipinjam dari wmazmi.files.wordpress.com

"Berita kematian Ina yang meminum racun mengejutkan orang-orang kampung.Ibu mertua Ina tidak menyangka Ina akan mengambil langkah yang tidak seharusnya dilakukan untuk meninggalkan dunia ini.Azman yang mendengarkan berita kematian Ina itu tidak mampu berkata apa-apa lagi.Azman yang lari ke tempat lain langsung tidak menziariahi jenazah bekas isterinya itu.Azman masih malu dengan ibunya dan juga orang-orang kampung.Jenazah Ina dikebumikan di kampung halamannya."

Kisah benar yang berlaku sekitar tahun 90an ini diceritakan oleh ibu Tuan Asam  yang juga merupakan sahabat kepada Arwah Ina(Bukan nama sebenar).

Ina merupakan isteri yang baik dan juga merupakan ibu kepada 3 anak.Suami Ina.Azman(bukan nama sebenar) hanya bekerja sebagai buruh kasar.Walaupun  Azman hanya bekerja sebagai buruh kasar,namun Azman dikatakan telah bermain kayu tiga tanpa pengetahuan Ina.Azman yang begitu baik,penyayang itu langsung tidak membuatkan Ina merasa cemburu atau curiga bahawa suaminya didalam rahsia bermain kayu tiga.Sehinggalah pada suatu hari,cerita Azman keluar bersama wanita lain hinggap ke telinga Ina.Ina sendiri seperti tidak percaya apa yang diceritakan oleh kawan-kawan Ina itu.Ina tidak mahu mendengar cerita yang kononnya suaminya itu telah keluar berfoya-foya dengan wanita lain selagi Ina tidak melihatnya dengan mata kepala Ina sendiri.Hampir sebulan lamanya Ina hanya berdiam dan sedih.Azman sedikit pun tidak tahu perubahan sikap Ina.

Sehinggalah pada suatu hari,Ina membuat keputusan untuk bertanya sendiri kepada Azman mengenai wanita yang diceritakan oleh kawan-kawan Ina itu.Namun Azman menidakkan cerita dan khabar angin itu.Azman sendiri terkejut bagaimana cerita itu sampai ke telinga isterinya.Azman yang keliru hanya tenang memberitahu Ina untuk tidak mendengar khabar angin dari kawan-kawan Ina.Khabar angin atau cerita tiada bukti seperti itu boleh meruntuhkan rumah tangga yang kukuh terbina.Ina lega bila mendengarkan kata-kata suaminya itu.Ina kini menelan dan percaya bulat-bulat akan kata-kata Azman.Ina yang dibuai dengan penipuan Azman hanya mampu tersenyum.Ina percaya bahawa Azman tidak akan sesekali merosakkan kesetiaan dalam rumahtangga yang mereka bina lebih sepuluh tahun itu.
[Baca Selanjutnya]

Saturday, 16 January 2016

Bermimpi Mahluk Berwajah Penuh Duri

Sekadar Gambar Hiasan.Dipijam dari baltyra.com


Kisah aneh yang ditulis ini adalah pengalaman sebenar yang diceritakan oleh sahabat kepada arwah ayah Tuan Asam.Peristiwa aneh dan seram ini terjadi disekitar tahun 2005.

Irwandi atau panggilan mesra dipanggil abang Wandi merupakan sahabat kepada arwah ayah Tuan Asam sendiri.Bertubuh sedikit sasa,berkulit hitam dan rambut sederhana panjang.Pekerjaan Abang Wandi hanyalah mengambil upah memotong pokok kayu di hutan untuk dijadikan papan-papan untuk rumah.Jika terdapat kayu-kayu lebih , Abang Wandi akan menjualnya kepada orang kampung.Harga kayu yang dijual berdasarkan bentuk saiz dan panjang kayu.Abang Wandi juga sering ditemani beberapa orang rakan-rakannya yang lain memotong kayu dihutan.Pendapatan yang mereka perolehi akan dibahagi sama rata selepas kayu-kayu habis dijual.

Petang itu ayah duduk di ruang tamu sambil menonton TV.Sesekali ayah menjenguk keluar pintu,seperti menanti kedatangan sesesorang.Beberapa ketika kemudian,kedengaran bunyi motosikal.Motosikal dihentikan,sesorang memberi salam.Tuan Asam dan ayah menjawab salam dengan serentak.Abang Wandi yang datang ke rumah.Patutlah ayah dari tadi asyik menjenguk keluar pintu.Rupa rupanya ayah menunggu sahabatnya itu datang ke rumah.Tuan Asam sudah tahu apa yang akan mereka berdua akan bincangkan.Jika sudah berjumpa,lain tidak,tentu sahaja bercerita mengenai jenis-jenis kayu yang hendak dipotong untuk dijadikan papan atau tiang rumah.
Abang wandi sering kerumah berjumpa ayah.Ayah merupakan pelanggan tetap dan sering membeli kayu dan papan-papan dari abang wandi.Cuma beberapa bulan ini abang wandi seperti jarang datang kerumah .Mungkin disebabkan kesibukan keluar masuk hutan.

[Baca Selanjutnya]

Friday, 15 January 2016

Diganggu lembaga besar bermata merah

Sekadar gambar hiasan.Ikhsan dari google



"Zia kembali melalui jalan masuk ke kawasan kolam.Di pertengahan jalan masuk ke kolam, tiba-tiba sahaja cuping telinga Zia di tiup oleh sesuatu"







Kisah dan pengalaman ini diceritakan oleh sahabat karib Tuan Asam sendiri dan peristiwa ini berlaku di sekitar tahun 2001.

Rakan karib Tuan Asam  yang mesra dipanggil dengan panggilan Zia dahulunya pernah bekerja di kolam ternakan udang air tawar yang diusahakan oleh abangnya sendiri.Tugas dan rutin harian Zia hanya menjaga dan memastikan stok makanan untuk udang air tawar mencukupi dan memberi makan udang mengikut jadual yang tersedia.Boleh dikatakan hampir setiap 2 atau 3 kali seminggu beliau berulang alik sejauh 10 kilometer dari tapak kolam ke tempat stor penyimpanan makanan udang.Tidak mengira waktu siang atau tengah malam.Jika stok makanan udang air tawar tidak mencukupi,beliau sendiri akan memandu lori untuk mendapatkan stok makanan udang yang disimpan sejauh 15 kilometer dari kawasan kolam.Jika tidak dilakukan,sudah tentu beliau dimarahi oleh abang sulungnya yang merupakan pengusaha ternakan udang air tawar tersebut.

Perusahaan ternakan udang air tawar yang  diusahakan oleh abangnya bertapak jauh dari perkampungan dan berada dalam kawasan hutan paya. Jalan masuk dan jalan keluar dari kolam ternakan ketika itu(2001) masih lagi bersemak samun dan dikelilingi  pokok pokok kayu bakau yang besar.Belum ada sebuah rumah pun yang didirikan dikawasan itu.Hanya beberapa pondok kecil untuk pekerja kolam yang tinggal bermalam.Walaupun keadaan jalan keluar dan masuk kolam ternakan tidak begitu elok dan sempurna,namun Zia sudah terbiasa dengan keadaan jalan seperti itu.Masakan tidak,beliau sudah melalui kawasan tersebut hampir 2 tahun.Jalan dan keadaan sekeliling sudah sebati dengan diri Zia.

[Baca Selanjutnya]
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger TemplatesPublished.. Blogger Templates