Friday, 8 January 2016

Selamat Tinggal Ashadee.com


Baru-baru ini Tuan Asam cuba menjenguk kembali laman laman sesawang AFFILIATE MARKETING yang pernah Tuan Asam sertai dan daftar suatu ketika dahulu.Selain dari CLICKBANK,Tuan Asam pernah menyertai program AFFILIATE MARKETING iaitu Ashadee atau suatu masa dahulu dikenali sebagai JOM NIAGA.

Tuan Asam cuba untuk login kembali Ashadee.com untuk melihat dan menyemak semula Dashboard dan Tuan Asam pula dikejutkan dengan notis bertajuk Ashadee Shutdown!


Notis penutupan laman sesawang AFFILIATE MARKETING Ashadee.com.Ditutup sepenuhnya pada 20 Mac 2016






































Laman sesawang Ashadee.com ini pada mulanya dikenali sebagai JOM NIAGA dan Ashadee diasaskan oleh Gobala Krishnan ini telah bertapak hampir 5 tahun.Tuan Asam sendiri tidak berani untuk menjelaskan punca sebenar kenapa laman sesawang Ashadee.com(Jom niaga) ini akan di tutup.Mungkin soalan ini sesuai diaju kepada ketua eksekutif Ashadee Technologies atau Gobala Khrisnan sendiri.

Sepanjang menjadi Affliater di Ashadee.com,Tuan Asam juga banyak belajar selok belok AFFILIATE MARKETING dan semuanya bermula dari Ashadee.com(Jom Niaga).Terima kasih Tuan Asam ucapkan kepada Ashadee.com dan hanya tinggal beberapa bulan sahaja lagi ( 20 Mac 2016 ) laman sesawang ini akan ditutup sepenuhnya oleh pihak Ashadee sendiri.

Walaupun pendapatan yang Tuan Asam dapat dari Ashadee.com ini tidaklah begitu memuaskan akan tetapi Tuan Asam jadikan semua itu pengalaman dan pembelajaran untuk terus berjaya dalam bidang AFFILIATE MARKETING.Mungkin juga ia boleh dijadikan bekalan atau ilmu untuk Tuan Asam kongsikan kepada rakan-rakan pembaca suatu hari nanti.

Tuan Asam juga berharap agar selepas ini ada sesawang AFFILIATE MARKETINGseperti Ashadee.com muncul di Malaysia ini dan memperluaskan lagi pasaran Affiliate di negara ini.Sebelum Tuan Asam publish post ini,sekali lagi Tuan Asam ucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Ashadee.com kerana menyedia ruang dan memberi peluang kepada orang-orang seperti Tuan Asam untuk belajar dan terus belajar.Belajar untuk meningkatkan jualan Affiliate menjadi Affiliate Marketer yang berjaya.


Dapatkan EBOOK Bagaimana cara untuk menjana pendapatan USD 25K Sebulan.Klik DISINI untuk dapatkan EBOOK secara PERCUMA

Bantu Saya Untuk Tunaikan Impian Mendapat 1 JUTA Klik.
Klik DISINI Untuk Penuhi Impian Saya.Terima Kasih
Pautan Ditaja Oleh Lynk.my

No comments:

Speak Your Mind

Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger TemplatesPublished.. Blogger Templates