Saturday 12 December 2015

Semudah MUDAH.MY

Selamat tinggal XBOX ku sayang.Kini kau sudah jadi milik orang.Layanlah dia baik-baik


Salam sejahtera rakan rakan pembaca sekalian .Pada entry atau post kali ini,Tuan Asam nak berkongsi sedikit cerita atau pengalaman Tuan Asam sebagai seorang penjual dan berurusniaga dengan pembeli di laman sesawang MUDAH.MY.

Tuan Asam pernah memiliki console permainan XBOX360 jenis Kinect.Tuan Asam sudah bosan dengan console tersebut dan beberapa bulan kebelakangan ini Tuan Asam dah tak layan XBOX360.Tuan Asam simpan dan biarkan didalam kotak.Beberapa hari lepas Tuan Asam pasang niat untuk menjualnya.Tuan Asam jadikan laman sesawang MUDAH.MY sebagai platform atau pengantara untuk Tuan Asam jual XBOX360 tu.Manalah tahu ada pembeli yang minat nak beli dan Tuan Asam letak harga dalam RM300.Letak murah berpatutan dengan status 2ND HAND.

Kurang dari sejam selepas Tuan Asam mengiklankan console XBOX360 tersebut,berdesup-desup SMS,Whatsapp dan call singgah ke henpon Tuan Asam.Tuan Asam betul-betul tak sangka yang konsol permainan XBOX360 tu masih lagi dicari dan digilai ramai oleh peminat-peminat permainan video.Cuma Tuan Asam je yang tak perasan.Mungkin juga harga yang Tuan Asam letak kat iklan tu nampak murah dimata pembeli.Tak menang tangan Tuan Asam nak reply atau balas mesej-mesej yang singgah di henpon.Jadinya Tuan Asam pilih salah seorang yang pertama whatsapp ,benar-benar berniat untuk membeli dan tinggal berdekatan dengan kediaman Tuan Asam.


Tuan Asam buat iklan dan hanya berurus niaga dalam bentuk C.O.D( Cash On Delivery).Pembeli kenalah check dan sahkan dahulu barang yang Tuan Asam nak jual dan jika berpuas hati boleh melakukan pembayaran tunai ke tangan.

Sekarang ni ramai peniaga-peniaga melakukan urusniaga secara online.Bagai cendawan tumbuh selepas hujan batu.Mereka jadikan laman sosial dan laman sesawang seperti FACEBOOK, EBAY,MUDAH,LELONG dan sebagainya sebagai pengantara untuk mereka mempromosi produk atau menjualnya tanpa bersusah payah mendirikan premis.Hanya dengan sekali klik.

Semakin ramai peniaga online,semakin ramai juga kaki penipu dan penyangak membuat urusniaga secara tidak jujur dengan menipu pembeli.Orang-orang beginilah yang membuatkan peniaga-peniaga online menerima impak dan kesan yang buruk.Pelbagai kata-kata negative dilemparkan.Tuan Asam tak mahu jadi seperti ini.Biarlah lambat,asalkan urusniaga atau jualan yang kita buat adalah Halal dan jujur dimata pembeli.Customer always right,kena ingat tu.

Sebab itulah Tuan Asam membuat temu janji dahulu dengan pembeli.Takut-takut mereka was was dan curiga dengan barang yang kita hendak jual.Alhamdulillah,pagi tadi Tuan Asam buat urusniaga dengan pembeli XBOX360 yang Tuan Asam jual,semuanya berjalan lancar dengan kehendakNYA.Jika sesuatu perkara yang kita lakukan bermula dengan niat yang baik dan kelakuan yang baik,Insya Allah semuanya berjalan lancar tanpa rungutan atau masalah.Tuan Asam suruh pembeli tu periksa terlebih dahulu semua perkakas atau alat XBOX360 Kinect tersebut.Tuan Asam pastikan dia berpuas hati.Tak sampai setengah jam pembeli tersenyum berpuas hati dan membuat bayaran secara aman.

Baiklah rakan pembaca,sampai disini saja dulu post Tuan Asam.Tuan Asam nak berpesan kalau melakukan urusniaga melalui cara atas talian tu eloklah buat secara jujur.Kalau boleh jumpa face by face dengan pelanggan yang nak beli produk anda.Buat cara CASH ON DELIVERY.Periksa 100 peratus ok,bayar dan selamat dan puas hati.

"Pembeli yang Tuan Asam maksudkan seorang lelaki berbangsa cina,kini dah jadi kawan.Berniaga dapat menambah kawan"



Bantu Saya Untuk Tunaikan Impian Mendapat 1 JUTA Klik.
Klik DISINI Untuk Penuhi Impian Saya.Terima Kasih
Pautan Ditaja Oleh Lynk.my

No comments:

Speak Your Mind

Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger TemplatesPublished.. Blogger Templates