Friday 11 December 2015

Permulaan



Assalamulaikum rakan blogger.

Malam yang sunyi lagi indah ini Allah beri Tuan Asam kesempatan untuk cuba sekali lagi berBLOG.Walaupun asalnya Tuan Asam dah memiliki berpuluh -puluh blog tapi semuanya tak jalan.Dengan kata lainnya,putus ditengah jalan.Bukan disebabkan tiada waktu atau tiada idea.Semuanya disebabkan kebosanan dalam menulis dan  tak tahu apa yang hendak disampaikan dan dihamparkan ke dalam blog.Mungkin juga Tuan Asam terleka dan terlena dengan laman-laman sosial yang sekarang ini tumbuh menumbuh.Semuanya hendak berstatus raja seperti FACEBOOK dan Twitter.

Dari blog jenis cerita ,perkongsian maklumat dan perkongsian fail semuanya Tuan Asam dah cuba sampaikan.tetap tak jalan.Kali ini,Insya Allah Tuan Asam akan cuba sampaikan dengan tenang dan perlahan.Sementara idea datang dan jari jari rajin menekan papan kekunci ini,tak salah dan belum terlambat untuk Tuan Asam mula berjalan mencipta blog baru.Tuan Asam betul betul berharap kali ini.Dengan adanya blog berwajah baru,bernama baru dan dengan gaya baru Tuan Asam mahu terus bersemangat dalam memberi apa jua penyampaian dan hamparan yang hendak dan akan Tuan Asam sampaikan di dalam blog Tuan Asam ini.Sementara GOOGLE masih menyediakan perkhidmatan blog dalam bentuk percuma.

Tuan Asam kenalah belajar lagi dan lagi serta rajin membaca tips bagaimana menulis dan menyampaikan artikel yang ada pada blog-blog yang ada diseluruh dunia.Zaman canggih dengan pelbagai teknologi memudahkan kita semua belajar untuk mencipta blog dengan lebih kreatif dan menarik.Telefon mudah alih pintar sekarang jadi teman kita.Kemana-mana pun kita bawa,waima dalam hutan dan dalam tandas sekalipun.Maksudnya disini,kita masih boleh belajar tips,berkongsi pendapat dan berkongsi cerita walaupun kita tengah duduk dalam tandas atau perhentian bas.Buka henpon layar GOOGLE semua ada.Bak kata sesetengah orang"GOOGLE kan ada".Cuba renung kembali diawal era 2000 dulu dimana teknologi baru hendak meningkat dan mula hendak membiak.Kalau tak didepan laptop atau PC kita tak boleh melayari internet.Untuk mereka yang tidak memiliki laptop atau PC terpaksa berlari ke cyber cafe atau makmal komputer untuk dapatkan maklumat dan memuat turun fail kesukaan mereka.Tuan Asam dulu pernah ada PC yang tak ada menyediakan perkhidmatan internet.Tuan Asam buat main game.

Maaf,Tuan Asam bukan nak cerita pasal teknologi yang ada zaman sekarang ini atau GOOGLE.Tuan Asam tak pandai nak ulaskan cerita maklumat IT dengan lebih lanjut.Takut memeningkan pembaca.Untuk entry atau post pertama Tuan Asam.Tuan Asam cuma nak belajar lagi dan lagi.Belajar mencipta blog yang membolehkan blogger lain merasai kebaikan dan manfaat dari perkongsian maklumat yang ada.Bukan semua benda atau cerita boleh kita kongsi didalam blog atau laman sosial. Tuan Asam harap boleh buat sesuatu seperti itu.Memberi dan berkongsi maklumat yang lebih bermanfaat dan berguna.Sekaligus menyampaikan ilmu.Lebih kurang macam cikgu jugalah.Insya Allah.Amin.Nawaitu yang penting.

Sampai disini dululah entry pendek Tuan Asam dan Tuan Asam gelarkannya ucapan "PERMULAAN".Memang sengaja Tuan Asam tidak mahu menaip panjang lebar,nanti bosan pula rakan pembaca membaca entry yang tak berapa nak menarik ini.Dah namanya PERMULAAN.Banyak lagi cerita atau maklumat yang akan Tuan Asam sampaikan pada post atau entry yang akan datang.Sudi sudilah jenguk walaupun pada dasarnya mungkin cerita yang akan datang bosan untuk dibaca.Buat-buat scroll itu sudah menjadi kebiasaan.Tuan Asam pun pernah buat begitu.Mencari entry yang menarik kononnya.Apa-apa pun Tuan Asam ucapkan terima kasih kerana sudi jenguk atau singgah ke blog yang kurang menarik ini secara sengaja atau tidak.Sebelum Tuan Asampublish post yang pertama ini dan  beralih ke entry yang akan datang,Tuan Asam minta maaf jika ada ayat atau bahasa yang kurang difahami atau tidak senang untuk dibaca..Sekian terima kasih..Assalamualaikum.

"Mata Tuan Asam dah mengantuk,tetikus buat hal,minta duit lagi"


Bantu Saya Untuk Tunaikan Impian Mendapat 1 JUTA Klik.
Klik DISINI Untuk Penuhi Impian Saya.Terima Kasih
Pautan Ditaja Oleh Lynk.my

No comments:

Speak Your Mind

Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger TemplatesPublished.. Blogger Templates