Thursday 24 December 2015

Lubuk Anime Bagi Penggemar Tegar Anime

Imej dipinjam dari blog.riptapparel.com


Salam sejahtera rakan blogger.Sekali lagi bertemu kita dalam blog ini.Walaupun kita bukan bersua muka di dunia nyata tetapi ia sudah dikira sebagai pengerat Silaturahim melalui Blog.Setuju? Jika dunia internet yang semakin luas ini diguna pakai dengan cara betul dan baik,Insya Allah ia boleh memberi manfaat yang berguna untuk rakan-rakan pembaca dan rakan blogger yang lain.

Untuk entry kali ini Tuan Asam tak berkongsi sesuatu yang rasanya tidaklah terlalu penting.Cuma Tuan Asamsekadar ingin berkongsi tentang sebuah laman web untuk penggemar-penggemar animasi dari Jepun.Dimana laman web ini telah menyimpan lebih 40 ribu fail video Anime untuk dimuat turun terus ke PC atau henpon secara percuma.Sekali lagi,secara percuma.Sudah tentu entry kali ini merupakan entry yang menarik untuk penggemar dan peminat tegar Anime atau animasi-animasi yang dihasilkan dari negara matahari terbit Jepun.

Anime The Hylia
Laman web yang Tuan Asam maksudkan ialah Anime The Hylia.
Tuan Asam mula kenal laman web ini lebih dari setahun lepas.Di Anime The Hylia lah tempat Tuan Asam selalu menyedut video-video anime kesukaan Tuan Asam dari A hingga Z.Anime The Hylia ialah syurga bagi penggemar anime dan menyimpan lebih 40 ribu fail video anime untuk dimuat turun.Walaupun laman web ini ringkas dari segi rekaan akan tetapi laman web pujaan Tuan Asam ini boleh Tuan Asam kategorikan sebagai USER-FRIENDLY.Pautan-pautan yang ringkas menyenangkan penggemar laman web ini memuatturun video kegemaran mereka dengan lebih mudah.Apa yang lebih menarik lagi,laman web Anime The Hylia  tidak memerlukan Hosting pihak ketiga sebagai sokongan untuk menyimpan fail-fail video anime.Anime The Hylia menyimpan terus ke ruangan server milik mereka.Maksudnya disini, penggemar anime tidak perlu menunggu lama untuk memuatturun video anime kegemaran mereka.Dengan sekali klik,fail-fail video anime tersebut disedut masuk terus ke PC,Laptop atau Henpon anda dengan kualiti video yang Tuan Asam boleh anggap memuaskan.Selain dari itu,Anime The Hylia juga menyediakan berpuluh ribu Sountrack-Soundtrack anime untuk di muatturun.Anime The Hylia juga rajin mengemas kini laman web mereka dari semasa ke semasa.

Terhad Kepada 5 Video Sahaja Untuk Setiap IP
Walaupun begitu,Anime The Hylia hanya memberi Access muat turun 5 fail sahaja untuk setiap IP selama 24jam.Maksudnya disini setiap 24 jam hanya boleh sedut 5 video anime sahaja.Tidak kiralah berapa pun jumlah saiz video tersebut.Rakan-rakan sedut 100 Terabyte pun tidak menjadi masalah,akan tetapi hanya 5 video sahaja.Setelah 10 fail disedut,penggemar anime hanya akan mendapat access untuk setiap 24 jam.Satu hari 5 video anime sahaja.Begitu juga dengan fail-fail soundtrack Anime The Hylia.

Anime The Hylia Error
Imej menunjukkan ralat atau error selepas memuat turun 5 fail video anime 

Untuk terus menikmati muat turun secara percuma tanpa sebarang sekatan,penggemar anime boleh lah mendaftar sebagai DONATING MEMBER untuk laman web ini.Donation mungkin tidak terlalu mahal.Berbaloi untuk penggemar anime memuat turun fail video mereka secara bebas tanpa sebarang sekatan.
Tuan Asam sendiri tidak pernah lagi mendaftar sebagai Donating Member untuk laman web Anime The Hylia ini.Kalau ingin tahu cara membuat donation,rakan pembaca bolehlah menyemak dan menyertai forum Anime The Hylia.Bagi Tuan Asam,5 fail video sudah cukup untuk ditonton walaupun kena tunggu 24 jam yang seterusnya.

Anime The Hylia Terus Hidup
Tuan Asam berharap Anime The Hylia ini terus hidup dan menyediakan lebih banyak video-video anime untuk dimuat turun.Tuan Asam tahu hanya dengan cara DONATION sahaja laman web ini akan terus belayar dan akan memperbesarkan ruang hosting mereka.Walaupun Tuan Asam sendiri tak pernah lagi buat Donation satu sen pun untuk Anime The Hylia akan tetapi Insya Allah akan datang Tuan Asam cuba untuk Donate.Setakat ini hanya dengan menjadi Donating Member sahaja cara untuk penggemar anime agar terus menikmati khidmat Anime The Hylia ini.

Walaupun kita tahu diluar sana terdapat berjuta-juta laman web-laman web yang menyediakan perkhidmatan muat turun video anime secara percuma akan tetapi Tuan Asam lebih gemar memilih Anime The Hylia sebagai laman web muat turun pilihan.

"Tuan Asam paling minat anime Bleach dan Dragon Ball"

Bantu Saya Untuk Tunaikan Impian Mendapat 1 JUTA Klik.
Klik DISINI Untuk Penuhi Impian Saya.Terima Kasih
Pautan Ditaja Oleh Lynk.my

No comments:

Speak Your Mind

Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger TemplatesPublished.. Blogger Templates