Tuesday, 29 December 2015

Keputusan Untuk Contest Review Lynk.my Telah Pun Diumumkan













Pada 29 Disember 2015 Lynk.my telah pun mengumumkan dan menyenaraikan para pemenang untuk Contest Review Lynk.my.Pertandingan yang julung-julung kalinya dianjurkan oleh Lynk.my berlangsung selama 2 bulan bermula 27 Oktober 2015 sehingga 27 Disember 2015 mendapat sambutan di luar jangkaan Tuan Asam sendiri.Pertandingan ini menyenaraikan 3 Kategori iaitu TOP SEO , TOP CREATIVE dan TOP LYNKUNDI ini,menjanjikan hadiah lumayan untuk para pemenang yang bernilai RM4000 ringgit Malaysia.Seramai 104 peserta termasuk Tuan Asam sendiri telah menyertai dan mengambil bahagian dalam menyahut cabaran untuk Contest Review Lynk.my 2015 kali ini.

Pada pandangan Tuan Asam sendiri,Contest yang dianjurkan oleh Lynk.my ini merupakan Contest atau pertandingan yang harus dicontohi oleh mana-mana pemilik laman- laman web seluruh Malaysia.Pertandingan yang sebegini rupa boleh menyuntik sedikit sebanyak semangat para blogger dan penulis untuk terus berkarya dan memperbaiki kelemahan dari segi penulisan.Tuan Asam sendiri juga walaupun tidak terlalu baik dari segi penulisan,akan tetapi tetap cuba untuk menyenaraikan diri menyahut cabaran sebagai peserta didalam Contest Review Lynk.my untuk tahun 2015 ini.Sekaligus pertandingan sebegini dapat melahirkan persaingan yang sihat untuk semua blogger-blogger seluruh Malaysia.

Hadiah atau habuan yang lumayan bukanlah pendorong utama untuk kita menyertai mana-mana pertandingan.Apa yang penting ialah pertandingan dapat memeriahkan suasana dan mengeratkan talian persahabatan.Hadiah adalah tanda pemberian kepada usaha serta kerajinan dalam satu-satu pertandingan.Selain itu,pertandingan sebegini juga sedikit sebanyak dapat melahirkan dan mengasah bakat-bakat blogger sebagai penulis dan menjadi penulis yang lebih berkualiti.

Bloger diluar sana yang tidak berkesempatan untuk menyertai pertandingan yang dianjurkan oleh Lynk.my ini usahlah merasa kecewa kerana mungkin pihak Lynk.my mungkin akan mengadakan Contest atau pertandingan yang lebih mencabar,menarik dan pelbagai hadiah lumayan untuk disertai di masa-masa yang akan datang.Apa yang penting jangan lupa untuk terus berbakti kepada Lynk.my dan ikuti perkembangan - perkembangan terkini dari Lynk.my

Sebelum beralih ke entry yang seterusnya,Tuan Asam ingin mengucapkan sejuta tahniah kepada para pemenang dan peserta Contest Review Lynk.my untuk tahun 2015 ini.Tahniah juga kepada Lynk.my kerana berjaya menganjurkan pertandingan yang menarik ini.Kepada peserta dan Tuan Asam sendiri  yang tidak tersenarai sebagai pemenang Contest Review Lynk.my 2015 usahlah kecewa.Kita telah pun mencuba yang terbaik.Tepuk untuk diri sendiri.

Senarai Pemenang Contest Review LYNK.MY untuk tahun 2015

KATEGORI TOP CREATIVE
JUARA - adiazudin.com

TEMPAT KEDUA- theeggyolks.com

TEMPAT KETIGA- wikicara.org

KATEGORI TOP SEO
JUARA - astrallusionarc.com

TEMPAT KEDUA - calrasepatrick.blogspot.my

TEMPAT KETIGA- blogginspired.com

KATEGORI TOP LYNKUNDI
JUARA- trickmudah.wordpress.com

TEMPAT KEDUA- tapawsub.animemalay.net

TEMPAT KETIGA- aizennasa.com

Tahniah sekali lagi kepada pemenang



Bantu Saya Untuk Tunaikan Impian Mendapat 1 JUTA Klik.
Klik DISINI Untuk Penuhi Impian Saya.Terima Kasih
Pautan Ditaja Oleh Lynk.my

No comments:

Speak Your Mind

Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger TemplatesPublished.. Blogger Templates