Saturday 26 December 2015

Azam 2016

Imej dipinjam dari http://c4hr.co.uk/


 

Salam sejahtera rakan pembaca dan rakan-rakan blogger sekalian.

Ditengah-tengah Tuan Asam bersarapan tadi Tuan Asam terlihat tarikh di kalender pada bulan Disember 2015 semakin hampir ke penghujungnya.Hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi dan tahun 2016 akan disambut dengan penuh keazaman.

Pada masa yang sama Tuan Asam memasang niat untuk menulis tentang azam pada blog Tuan Asam kali ini.Mungkin ini kali pertama juga Tuan Asam menulis dan berkongsi tentang azam dan impian yang  akan dipasang sepanjang berjalannya tahun 2016.Pada tahun sebelumnya Tuan Asam tidak telalu banyak bercerita atau berkongsi tentang azam tahun baru dengan rakan-rakan atau keluarga.

Sebenarnya kita sebagai hamba Allah atau manusia biasa yang bersifat penuh impian tentu sahaja memasang pelbagai niat untuk tahun -tahun yang akan datang.Pada tahun ini walaupun impian atau azam yang dipasang tidak kesampaian atau belum tercapai,namun usah kita bertukar ke azam yang lain selagi belum bersedia.Sambungkan sahaja azam yang ditanam pada tahun lepas dan bawalah ia ke tahun 2016.Mungkin hasilnya akan kita perolehi.Apa yang penting,niat serta azam yang rakan-rakan pasang diiringi dengan niat yang baik dan ikhlas.

Azam yang Tuan Asam pasang pada tahun-tahun lepas ada yang termakbul dan ada lagi yang belum.Jika hendak ditanya atau bercerita tentang azam Tuan Asam untuk tahun ini,Tuan Asam banyakkan dengan memperbaiki kehidupan Tuan Asam.Terlalu panjang untuk Tuan Asam huraikan.Entry yang ditaip kali ini bukan terlalu memfokuskan azam untuk kehidupan Tuan Asam,akan tetapi berkongsi azam untuk blog yang Tuan Asam telah dicipta baru-baru ini.


Pada tahun 2016 dan tahun-tahun yang mendatang,Tuan Asam berharap agar blog Tuan Asam kali ini menjadi blog yang boleh memberi,berkongsi manfaat dan menyampaikan sejuta kebaikan untuk pembaca dan rakan blogger yang lain.Tuan Asam juga ingin belajar memperbaiki semua kekurangan dan kelemahan pada penulisan Tuan Asam.Azam yang rasanya tidak mustahil untuk Tuan Asam tunaikan di tahun 2016 ini.

Selain itu,Tuan Asam juga berniat dan berazam untuk mengumpul 1000 rakan blogger menjadi pengikut blog ini.Azam lainnya ialah Tuan Asam juga ingin mengumpul 1 JUTA VIEW untuk short link URL Lynk.my.

Untuk memenuhi azam dan impian 2016 yang Tuan Asam pasang pada blog ini,ia sudah tentu memerlukan kerajinan serta usaha ,masa dan sedikit wang ringgit untuk ditunaikan.Selebihnya adalah bantuan rakan-rakan pembaca dan rakan-rakan blogger lain untuk memenuhi impian Tuan Asam pada tahun 2016 ini.

Azam tidak semestinya dipasang pada awal-awal tahun mahupun pada detik pertama pada tiap-tiap tahun.Azam dan impian boleh dipasang pada bila-bila masa selagi kita yakin,berupaya dan masih bernafas diatas muka bumi Allah ini.Ia atas kehendak diri sendiri.Hanya memerlukan sedikit masa,tenaga dan sokongan orang-orang yang terdekat.Apa yang penting banyakkan berdoa supaya impian dan azam yang dipasang akan tercapai sepenuhnya.

Sebelum Tuan Asam beralih menaipentry-entry yang akan datang di laman blog ini.Tuan Asam ingin mengucapkan selamat menyambut tahun baru 2016 kepada semua rakan pembaca dan rakan blogger di seluruh Malaysia,Brunei dan Singapura.

Tuan Asam sentiasa berdoa kepada Allah agar rakan-rakan pembaca dan rakan -rakan blogger sekalian dapat mencapai dan memenuhi hajat,azam serta niat yang dipasang dan menjadikan tahun 2016 ini sebagai tahun yang penuh bermakna dan meninggalkan kenangan dan kesan yang manis buat kita semua.Tuan Asam sendiri juga berharap agar rakan-rakan boleh membantu Tuan Asam untuk memenuhi impian Tuan Asam untuk blog ini.

"Perut lapar hari hujan 2016"

Bantu Saya Untuk Tunaikan Impian Mendapat 1 JUTA Klik.
Klik DISINI Untuk Penuhi Impian Saya.Terima Kasih
Pautan Ditaja Oleh Lynk.my

No comments:

Speak Your Mind

Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger TemplatesPublished.. Blogger Templates