Thursday, 31 December 2015

Selamat Tahun Baru 2016


Apa khabar rakan blogger sekalian.
Malam ini tentunya malam yang agak meriah untuk rakan-rakan blogger dan  mereka diluar sana meraikan detik kedatangan tahun baru 2016.Tahun baru dan sudah tentunya tersemat azam baru didalam hati masing-masing.

Tuan Asam baru sahaja selesai buat sedikit jamuan makan-makan bersama beberapa sahabat karib admin.Jamuan sederhana  yang tak seberapa untuk meraikan kedatangan tahun baru 2016.Walaupun kurang meriah tidak seperti tahun-tahun yang lepas akan tetapi Tuan Asam tetap bersyukur masih bernafas dan boleh duduk-duduk lepak dengan rakan-rakan karib Tuan Asam.


Ada juga beberapa orang rakan cuba ajak Tuan Asam duduk lepak sehingga jam 1 atau 2 pagi.Tuan Asam tolak pelawaan mereka penuh sopan sebab Tuan Asam nak raikan sisa-sia waktu sebelum menjelang detik 12:01 pagi bersama anak isteri dan keluarga dirumah dan sambut tahun baru 2016 Kalau zaman bujang tentunya Tuan Asam tak menolak pelawaan rakan-rakan.Keadaan berubah.Keluarga yang penting,sahabat tidak dilupakan.Walaupun aktiviti seumpama ini berlaku setahun sekali.Keluarga tetap keluarga.

Sempat jugalah Tuan Asam ON laptop buka blog dan cuba menulis ucapan tahun baru untuk semua rakan-rakan blogger diluar sana.Walaupun ucapan agak ringkas tetapi mungkin bermakna untuk rakan-rakan blogger dan diri Tuan Asam sendiri.

Apa-apa pun sebelum Publish dan beralih ke entry seterusnya,Tuan Asam ingin mengucapkan Selamat tahun baru 2016  buat semua warga Blogger tak kira berkulit putih hitam coklat..Tuan Asam juga mendoakan semoga azam dan harapan rakan-rakan blogger tercapai untuk tahun 2016 ini disertai kenangan yang manis untuk dikenang di tahun hadapan.Apa yang penting harapan dan azam untuk blog jangan dilupakan. Majulah Blog Untuk Semua.

Sekian.Assalamualaikum.


Bantu Saya Untuk Tunaikan Impian Mendapat 1 JUTA Klik.
Klik DISINI Untuk Penuhi Impian Saya.Terima Kasih
Pautan Ditaja Oleh Lynk.my

No comments:

Speak Your Mind

Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger TemplatesPublished.. Blogger Templates